Pages

Mengubati Penyakit Kronik Dengan Kaedah Rawatan Islam


                Ayah Chik disamping isterinya, Rozaimah yang banyak memberi dorongan dan semangat.


DUNGUN - Penangan aplikasi WhatsApp dan laman sosial  Facebook membuatkan seorang pengamal perubatan tradisional yang dikenali sebagai Ayah Chik dari Alor Tembesu, di sini, menjadi buruan pesakit kronik dari seluruh negara.

Bermula dari kiriman mesej salah seorang pesakitnya yang berjaya sembuh daripada menghidap penyakit kronik, ia menjadi viral dan menyebabkan lelaki berusia 63 tahun itu semakin dikenali.

Sinar Harian telah merungkai apa sebenarnya keistimewaan lelaki yang sudah tergolong sebagai warga emas itu sehingga membuatkan pelanggan tidak putus mengejarnya.

Di pekarangan rumah Ayah Chik atau nama sebenarnya Syed Shaikh Syed Mansur, didapati banyak kereta tersusun di tepi jalan menandakan beliau sedang menerima ramai tetamu. Melangkah masuk ke ruang tamu rumahnya kelihatan ramai pelanggan yang sedang menunggu di kerusi dan tidak kurang yang berdiri menanti nombor giliran serta membuat pendaftaran di kaunter disediakan.


Terima kunjungan luar biasa

Kata Ayah Chik, dia menerima kunjungan pelanggan yang agak luar biasa ramainya sejak dua bulan lalu bermula awal pagi hinggalah lewat malam.

Menurutnya, rata-rata yang datang adalah penghidap penyakit kronik termasuk segala jenis kanser, buah pinggang, masalah jantung , strok, gaut dan pelbagai lagi.

“Saya diberi keistimewaan oleh ALLAH dalam dunia perubatan tradisional yang diwarisi dari keturunan ayah saya tetapi sebelum ini tidak berkesempatan membantu kerana berkhidmat dengan kerajaan.

“Sebaik sahaja pencen lima tahun lalu saya mula membantu orang ramai untuk berubat tetapi tidaklah terlalu serius sehinggalah sejak kebelakangan ini.

“Dalam sehari saya tidak putus-putus menerima kunjungan pesakit dan dalam sehari tidak kurang 60 pesakit saya rawat," katanya.


                          Salah seorang pesakit Kanser dari HKL yang menerima rawatan dari Ayah Chik


Berubat guna ayat Al-Quran

Menurutnya, perkhidmatannya dibuka sehingga jam 6 sahaja, namun masih ada tetamu yang bertandang sehingga jam 12 tengah malam.

“Saya berubat cara Islam dan hanya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran sahaja iaitu dengan menepuk atau menggosok bahagian yang sakit diiringi bacaan.

“Caranya saya cuba menggantikan kebaikan ayat-ayat suci al-Quran dan berusaha mengeluarkan kesakitan yang dialami".

“Alhamdulillah ramai pesakit saya yang pulih atau beransur ke arah lebih baik, contohnya dari sakit terlantar sehingga boleh bangun dan pelbagai lagi," katanya.

Kata Ayah Chik, dulu dia bekerja membantu masyarakat dan dia ingin meneruskan kesinambungan itu walaupun caranya berbeza.

“Bukan keuntungan dicari dan pelanggan yang datang membayar mengikut kemampuan atau kehendak mereka, malah jika mereka bagi RM1 pun saya tidak kisah.

“Apa yang penting selagi khidmat diperlukan saya akan cuba membantu,” katanya.


Penyakit beransur hilang

Pelanggannya, Zanariah Azhar, 52, berkata, dia menghidap kanser payudara tahap ketiga dan sudah merata tempat pergi berubat tetapi tiada perubahan.

“Saya mengetahui tentang Ayah Chik menerusi Facebook dan rakan-rakan maklumkan. Walaupun jauh dari Johor saya tetap datang kerana jika dapat pulih ia sesuatu yang sangat didambakan sekarang".

“Ikhtiar saya tidak terhenti dan saya berharap selepas tiga kali berubat dengan Ayah Chik, penyakit saya akan beransur hilang.

“Ayah Chik juga ikhlas membantu dan tidak meletakkan sebarang harga untuk mendapatkan rawatan tetapi terserahlah kepada kita,” katanya.

Ibu pesakit buah pinggang, Rohaya Teh, 40 berkata, anaknya Mohd Adib Farhan Mohf Abdul Azid , 10, disahkan mempunyai masalah buah pinggang sejak berusia tiga tahun.

“Selain berjumpa pakar, kami banyak berikhtiar cara tradisional dan ulang-alik ke hospital dua minggu sekali. Perutnya kembung kerana penyakit ini dan merata tempat sudah kami cuba berubat".

“Saya mengetahui tentang Ayah Chik melalui WhatsApp dan tergerak hati untuk ke sini. Setelah rawatan kali pertama, anak saya kelihatan lebih baik dan besar harapan saya untuk melihatnya sembuh seperti kanak-kanak lain,” katanya.

                          
Ayah Chik sedang merawat salah seorang pesakitnya sambil diperhatikan pengunjung lain yang menunggu


Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICYAH CHIK, 9262 KAMPUNG ALOR TEMBESU, 23000, DUNGUN TERENGGANU. HP : 012 938 3776

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
YAH CHIK, 9262 KAMPUNG ALOR TEMBESU, 23000, DUNGUN TERENGGANU. HP : 012 938 3776

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ
YAH CHIK, 9262 KAMPUNG ALOR TEMBESU, 23000, DUNGUN TERENGGANU. HP : 012 938 3776

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNIC